47 Rahsia Cara Memikat Lelaki Dan Suami. #22 Dan #44 Mesti Ramai Wanita Tak Tahu ;)


Hi sis! :)



Hari ini saya nak berkongsi #47 cara bagaimana kita boleh pikat hati lelaki atau suami kita. Saya yakin kalau amalkan 10 daripada tips ini pun sudah pasti lelaki atau suami anda dah cair, walaupun waktu tu mereka sedang marah.



Biasa la, lelaki kan ego dan kita kadang-kadang rasa mereka ini sombong.



Tapi seriously, kalau amalkan tips-tips ini, mesti cair punya lah. So sis tak perlu nak risau sangat kalau lelaki anda tak layan anda. Amalkan tips ini, pasti relationship anda akan hepi hepi balik, k? ;)



Oh ya, nanti di akhir post ini, saya nak kongsi bonus rahsia 5 titik kelemahan lelaki yang semua wanita kena tahu (malangnya, ramai wanita tak tahu termasuklah saya dulu-dulu T_T).

So, baca satu persatu #47 tips ini, dan jangan lupa untuk bongkarkan 5 titik kelemahan lelaki. Just push the five buttons, lelaki akan cair di tangan anda. Hehehe.

Enjoy! (Kalau takde masa, just baca tulisan yang bold sahaja)



#1 Senyum seindah suria!



Kalau nak jadi wanita yang pandai mengayat lelaki, kuncinya bukan terletak pada kata-kata semata-mata, tapi terletak pada bibir. Haa, bukan bibir yang merah tauu. Tapi bibir yang sentiasa tersenyum.



So senyum lah selalu. Senyummu menawan.



#2 Pandai Masak!



Haha, lelaki mana la yang tak cair kalau anda pandai masak masakan sedap-sedap. Tapi no worries kalau anda jenis yang jarang masuk dapur, just masak masakan yang simple, dan make sure makanan tu secukup rasa (tak masin sgt, tak manis sgt).



Masakan anda tak perlu sedap macam Chef Wan pun. Lelaki bila tau anda make effort nak masak, mereka akan appreciate. Itu lah yang mereka cair tu :)


#3 Berperwatakan Menarik.


Seriously, just try muhasabah perwatakan atau personaliti sis. You don't have to change everything. Just change apa yang lelaki atau suami anda can't tolerate.



Contohnya, shave ketiak tak? :P


#4 Jujur Dan Sentiasa Merendah Diri

Yang ini memang seriously tip hot. Jujur dan rendah diri ni penting. Sebab tu ramai lelaki bandar yang secara senyap-senyap nak kahwin dengan gadis kampung. Sebab gambarannya, gadis kampung ni jujur dan sentiasa merendah diri.


#5 Buat Apa Yang Dia Suka & Tinggalkan Apa Yang Dia Tak Suka


Benda ni macam basic, tapi ramai tak tahu. Sebenarnya, perkara yang lelaki tak suka ada dua jenis.



Pertama, dia tak suka tapi dia boleh tolerate lagi.

Kedua, dia tak suka DAN dia tak boleh tolerate.


So, jangan pandai-pandai buat something yang dia tak suka DAN dia tak boleh tolerate tu, k? ;)


#6 Bentuk Badan Yang Menarik

Tak boleh nak cakap apa, kalau dah lelaki tu mesti tertarik dengan bentuk badan yang menarik. Tapi jangan silap sangka.


Sis tak perlu nak ada badan macam artis Hollywood.



Cukup make effort untuk hidup sihat dengan amalkan pemakanan seimbang dan senaman yang berterusan.



Slowly but surely, sis akan dapat bentuk badan yang menarik.


#7 Tingkah Laku Yang Baik Dan Lemah Lembut

Yes, yang ini sama macam point gadis kampung tu.


#8 Mainkan Peranan Sebagai Wanita Di Samping Lelaki Anda

Anda tak perlu jadi wanita terhebat di dunia. Just be the best women for your men.


#9 Jangan Terlalu Mengongkong.


Di sini yang ramai wanita selalu tersilap. Jangan jadi queen control. Serious ni pantang larang lelaki.



Sikit-sikit nak check whatsapp lelaki atau suami anda. Tak perlu.



Jadilah wanita yang unik, iaitu tidak check whatsapp lelaki atau suami anda. Trust him (conditionally, hehehehe)



#10 Guna Bahasa Tubuh.



Ini bukan atas katil ketika bersama suami anda sahaja. Ini bermaksud, ketika anda berkomunikasi dengan beliau, pastikan mata anda melihat muka dan mata lelaki anda.



Jangan main handphone sambil cakap dengan lelaki atau suami anda. Nanti mereka rasa tak direspect.


#11 Pilih Pakaian Yang Betul (Dan Seksi?)


Ramai betul wanita yang waktu nak keluar pakai cantik-cantik, tapi bila dalam rumah just pakai baju kelawar.



Serious, kita ni cantik-cantik untuk siapa, kalau bukan untuk suami kita? Ye tak? :)


#12 Beri Kad Ucapan


Buat suprise, selitkan kad ucapan di mana-mana supaya lelaki anda dapat membaca kata-kata cinta ada walaupun simple.



Memang kadang-kadang lelaki ni tak pandai appreciate bila anda buat macam tu. Tapi no worries, deep down dalam hati mereka, mereka rasa berbunga-bunga juga. Trust me.


#13 Terus Terang Tanpa Menyembunyikan Sesuatu


Haa yang ini penting. Tapi bukannya maksudnya anda perlu cerita perkara yang menyakitkan hati dia.



Terus terang maksudnya, anda jangan cuba nak rahsiakan apa-apa daripada dia. Just find the best words untuk ceritakan kepada dia


#14 Ada Sifat Humor


Yang ini susah sikit, sebab bukan semua wanita pandai buat lawak. So, jangan cuba tips ini kalau anda jenis buat lawak hambar.



Saya surrender kalau nak buat lawak dekat suami huhuhu









#15 Jangan Selalu Sangat Jual Mahal


Jual mahal ni penting, tapi jangan selalu sangat. Nanti lelaki tu rimas, dia pi cari wanita lain pulak T_T





#16 Bijak Sesuaikan Diri Dengan Keadaan

Kita perlu bijak sesuaikan diri dengan keadaan. Kalau sedang pergi ke majlis-majlis, jangan malukan dia. Jaga air muka dia.


#17 Elakkan Berbual Perkara Yang Tidak Berfaedah


Yang ini depends pada lelaki atau suami anda. Majoriti daripada mereka tak suka berbual perkara yang tidak berfaedah.



Ye la, lelaki ni bukannya suka potpet potpet pun. Kita yang wanita ni, memang boleh borak berjam-jam. Lelaki bukan macam tu. Mereka sangat pilih topik yang mereka nak bualkan.


#18 Jangan Banding Dia Dengan Lelaki Lain

Ya Allah! Ini memang jangan buat. Please, a big NO.


#19 Bersamanya Susah Dan Senang


Kalau lelaki atau suami anda sedang marah-marah sekarang, kadang-kadang bukannya dia marah pada anda pun.



So, bersama lah lelaki anda susah dan senang.


#20 Jadi Pendengar Yang Setia & Jangan Banyak Membangkang.


Jadi pendengar setia ni tak susah sangat untuk wanita-wanita. Sebab benda ni macam natural kita kan (cewah). Tapi kalau bab jangan banyak membangkang tu susah sikit.



Tapi benda ni penting. Sebab lelaki ni macam ada semacam ego. Kalau kita ni jenis tak banyak bangkang, nanti lelaki ni akan rasa puas.


#21 Manjakan Mereka Dengan Belaian Dan Kata-Kata Romantik.

Jangan tak tahu, bukan kita sahaja yang suka dengan belaian dan kata-kata romantik. Mereka juga begitu (walaupun mereka ni macam tak reti tunjuk! Haha)



#22 Berjalan Dengan Betul



Sebab, bunyi derapan ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.


#23 Tak Perlu Nak Mekap Tebal Sangat

Seriously, ramai sebenarnya lelaki yang tak suka wanita ni mekap tebal-tebal.



#24 Ingat Tarikh Lahirnya



Tapi, macam diorang je yang selalu lupa tarikh lahir kita? Ha ha.


#25 Hormati Dirinya, Keluarganya & Rakan-Rakannya.

Kalau wanita ni pentingkan 'love', lelaki pula pentingkan 'respect'.


#26 Bersikap Matang

Lelaki tak suka perempuan yang macam childish. Bersikap matang tu kadang-kala sexy di mata lelaki



#27 Manja!



Macam kontradik dengan point #26. Bukan kontradik, kena tahu bila nak matang, bila nak manja.


#28 Jangan Bersikap Kelakian Dan Ganas

Haha, memang ada wanita yang sedikit ganas dan macam lelaki. Jangan, k?


#29 Jangan Terlalu Baik Dan Perfect

Sebab mana ada orang perfect. So kalau anda terlalu nak jadi perfect, nanti lelaki tu pelik. Nanti dia terfikir yang anda sedang merahsiakan sesuatu.



#30 Jangan Perasan Cantik



Merasai cantik tu penting, kerana ia dapat memberikan keyakinan kepada kita sebagai wanita. Tapi jangan perasan cantik sehingga tergedik-gedik.





#31 Sederhana Dan Tidak Boros

Wanita memang sinonim dengan shopping. Jadi, kalau anda hidup sederhana dan tak boros dalam perbelanjaan, lelaki anda akan bangganya berkata kepada rakan-rakan mereka yang dia bertuah dapat wanita yang tak boros.


#32 Bersikap Keibuan

Fuhh, ini kalau dapat jadi 'motherly', memang cair lah lelaki tu.



#33 Bercakap Lembut



Again, point sama macam gadis kampung tu




#34 Ingat, Lelaki Ini Sensitif



Lelaki atau suami memang nampak gagah. Tapi mereka mudah sensitif, terutama kepada wanita yang mereka suka.



#35 Kenal Diri Lelaki Atau Suami Anda



Anda mesti kenal personaliti lelaki atau suami anda betul-betul. Tak semua lelaki sama



Eh, bukan orang cakap 'semua lelaki sama je!' :D


#36 Jaga Kulit Anda!

Kulit adalah organ terbesar manusia. So, make sure jangan anda jerawat batu dan parut, k?





#37 Jaga Aset Anda



Cuba tanya suami anda, sudah tentu ada bahagian-bahagian di tubuh anda yang dianggap 'aset' bagi beliau.

Biasanya di bahagian mata, dada, atau punggung.


#38 Jangan Kuno

Jangan terlalu kuno. Kena update sikit dengan isu-isu semasa.


#39 Sering Bertanya Khabar

Walaupun setiap hari sis berjumpa dengan suami, kena tanya juga khabar. Sebab setiap hari tak sama. Ada hari dia alami kesusahan, jadi dengan bertanya khabar, anda dapat melegakan hati dia serba sedikit.


#40 Usia Bukan Ukuran, Yang Penting Jujur Dan Cerdik

Seriously, cerdik is a new sexy


#41 Belajar Agama

Lelaki sukakan wanita yang beriman dan beragama, namun begitu sis tak perlu terlalu alim pun. At least, jaga basic-basic seperti nak keluar rumah, minta izin suami dahulu.



#42 Jangan Mudah Dipermainkan



Di zaman media sosial ni, sis dengan mudahnya di'pm' oleh mana-mana lelaki. Kalau sis tidak mudah dipermainkan, lelaki atau suami sis akan sangat confident dengan sis.


#43 Jangan Terlalu Merengek Dan Mengada-Ngada

Kadang-kadang, kita ni merengek sebab nak perhatian lelaki atau suami. Tapi jagan over, nanti mereka rasa kita ni gedik. Terus tak mahu layan.


#44 Jadi Seorang Yang Mudah Diajak Berbincang

Lelaki memang suka wanita yang mudah dan senang diajak berbincang.


#45 Berjaya Dalam Apa Jua Bidang Yang Diceburi

Yang ini penting, sebab ia menunjukkan bahawa saat anda memilih dia, itu menunjukkan bahawa dia adalah seorang lelaki yang hebat (sebab anda jenis yang dapatkan yang the best dalam setiap bidang)


#46 Tidak Terlalu Meminta Dan Jaga Tata Tertib Di Meja Makan


Kadang-kadang kita ni lupa nak tuangkan nasi dan lauk untuk suami. Nak lagi power, tolong basuhkan tangan suami tu :)



Kalau di restoran pula, elakkan rambang mata pilih semua makanan.



#47 Jangan Over



Ini golden tips ni. Lelaki memang tak suka wanita over, nanti mereka meluat pula dengan sis.


BONUS!



So bermanfaat tak #47 cara memikat hati lelaki atau suami ni? Sis tak perlu amalkan semua pun. Amalkan dalam 5-10 tips pun dah okay.



Sis,


Saya nak kongsikan rahsia yang lebih mendalam lagi. Iaitu, 5 titik kelemahan lelaki. Sebagai wanita, kita sangat sangat sangat perlu tahu 5 titik kelemahan ini bukan untuk mempergunakan lelaki (walaupun possible je).



Tapi supaya kita dapat gunakan titik kelemahan mereka ini untuk tujuan meromantikkan lagi hubungan kita dengan dia.


Setiap lelaki berbeza titik kelemahan mereka. Jadi, bila kita dapat gambar menyeluruh, kita akan tahu cara nak pikat lelaki walaupun mereka sedang marah.


Saya akan kongsikan 5 titik kelemahan lelaki yang ramai wanita tak tahu (walaupun mereka mungkin rasa mereka tahu) melalui email.



Sis isi email sis di bawah, nanti saya akan kongsikan beberapa siri email. So, sis buka setiap email tu ya.

P/s : Siri email ini percuma sahaja. Saya sekadar mahu berkongsi ilmu dan pengalaman. Semoga hubungan sis dan lelaki/suami sis akan semakin rancak dan romantik. Isi ya emel sis :) Ilmu ni penting. Lebih advance berbanding #47 cara memikat lelaki dan suami ni. Thank you sis sebab sudi baca siri email percuma ini.

No comments:

Post a Comment